Malam tadi aku sujud... dan bahuku menghenjut dadaku lelah airmataku mencurah...
Aku memohon taubat dari-Nya Jiwaku meronta bermuhasabah melaut dosaku melampau lalaiku Berkali-kali aku mengharap merintih Agar kali ini aku dipilih dimaafkan dan dikasih tidak tersisih
Pagi ini.. Seawal-awalnya aku berbicara lagha Menyonsang hati pada umpat nista Menyusun cerita penuh reka Keji makiku buat insan-insan yang aku tidak suka
Setelah itu kembali bersendiri Mendengar kembali alunan zikrullah Nasyid penuh makna tentang dunia dan ukhrawi Terus jiwaku terpukul kembali Hatiku berbolak balik sekali lagi
Tuhan... Bukan aku mempersenda taubat ku Bukan ku reka airmata ku Namun aku manusia lemah Lalai dan leka
Tuhan... Aku sujud lagi Kembali meminta pengampunan-Mu Kembali merintih dari-Mu Mengharapkan pintu itu terbuka lagi buat aku...merafak taubatku...
Abdul rahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.”
HR al-Bukhari dan Muslim
Huraian Pada umumnya, kenduri atau jamuan terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin. Dari perkahwinan mewujudkan kenduri kahwin. Maksud kenduri kahwin di sini ialah mengadakan jamuan untuk meraikan sesuatu perkahwinan. Kenduri untuk pernikahan sepasang pengantin ini merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW.
SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA DI SABAH!
-
Majlis Belia Sabah 22 hrs · SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA! Pihak kami
mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan orang ramai yang prihatin
akan nasib ...
Peluang Mendapat Ganjaran Membebaskan 10 Hamba!!!!!
-
Membebaskan hamba merupakan satu amalan yang sangat besar dalam Islam.
Al-Quran menyifatkan amalan membebaskan hamba sebagai salah satu amalan
ʿaqabah iait...
-
BARU DITERBITKAN: Dictionary for Backpackers and Business
(English-Malay-Arabic) oleh TELAGA BIRU SDN BHD. Penulis: Prof. Madya Dr
Muhammad Sabri Sahrir...
No comments:
Post a Comment