Pages

Mangsa Banjir Pakistan Jual Bantuan


MEHMOOD KOT: Masalah jenayah dan tindakan mangsa banjir di Pakistan menjual bantuan yang disalurkan kepada mereka, menjejaskan usaha pelbagai agensi antarabangsa untuk meringankan beban yang terpaksa dihadapi.

Laman web berita Arabnews melaporkan, di bandar Khyber-Pakhtunkwa, ibu negeri wilayah Peshawar, tepung gandum dan minyak masak dalam tin dengan logo agensi Program Makanan Dunia (WFP) dan USAID, dijual secara terbuk.


Kami membeli barangan itu daripada mangsa banjir. Mereka mahu wang untuk membeli barangan lain yang lebih diperlukan, kata seorang peniaga, Abdul Ghafoor yang mempunyai sebuah kedai di Gur Mandu, Peshawar.

sumber foto: msnbc.msn.com

Perkara ini tidak akan berlaku tanpa pembabitan pegawai kerajaan, kata seorang lagi peniaga, Rahimullah Khan.Seorang wartawan sebuah agensi berita antarabangsa mengesahkan melihat guni tepung gandum dengan label Bantuan bagi Mangsa Banjir daripada Islamic Relief dipunggah daripada sebuah trak sebelum dijual kepada orang ramai.

Saya boleh menjimatkan 300 rupee (RM10.90) bagi setiap guni tepung gandum seberat 50 kilogram. Pelanggan lebih suka membelinya kerana ia bermutu tinggi dan harganya lebih murah, kata seorang pemborong tepung gandum, Najeeb Ahmed Khan.


sumber foto:  news.nationalgeographic.com

Di wilayah Punjab, mangsa banjir mendakwa, penduduk yang tinggal di kawasan tidak terjejas dengan banjir, mencuri pelbagai barangan dari rumah mangsa yang ditinggalkan.Seorang penduduk kampung di Mehmood Kot, Rana Farmanullah, 27, berkata, perompak datang dengan menaiki bot untuk mencuri harta kepunyaan penduduk.
(Sumber berita: Berita Harian)

SelembarKasih:  
Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.” 

Melihat kepada keadaan di Pakistan, ternyata wujud manusia-manusia yang dikuasai sifat tamak keterlaluan. Nescaya, mereka tergolong di dalam golongan yang mendapat kemurkaan Allah...


No comments:

Post a Comment