Pages

Iklan Raya TV3 2010

Ntah siapa agaknya yang meluluskan iklan raya TV3 yang terbaru ini. Mungkin beliau seorang yang buta. Hatta seorang yang khilaf tentang agama atau adat budaya kaum lain juga mampu menidakkan iklan tersebut. Atau, mereka-mereka ini memang memasang niat khusus untuk menghina Islam dan umat Islam Malaysia. Laknatullah ke atas mereka.

SKasih tidak mahu mengulas panjang tentang iklan biadap ini kerana ramai lagi yang telah memberi penjelasan terperinci. 

Namun satu yang SKasih tersentak. Sepatutnya, di saat-saat ini, umat Islam di Malaysia sudah disedarkan agar menjaga perpaduan ummah kerana ummah yang lembik inilah membuat pihak kafir dan munafikin makin menjadi-jadi menghina umat Islam. 

Sebaliknya........

Di laman-laman blog, di ruangan forum online yang bersepah. Pihak PAS dan UMNO saling berbalah. Cepat saja mereka yang mengaku orang PAS menuduh orang-orang UMNO yang kita tau adalah juga Islam....dalang di sebalik penayangan iklan biadap ini. 

Pelik? 
Dan sekali lagilah orang-orang kafir musyrikin ini tersenyum bangga kerana mereka berjaya lagi. Di masa hadapan mereka akan buat onar lagi dan sekali lagi umat Islam mencaci maki sesama sendiri...dan semakin longgarlah ikatan ummah....kita lupa agaknya

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (Ali-Imran: 103) 

Kita marah bila kafir laknat menghina Islam tetapi kita sendiri dengan mudahnya menghina saudara seIslam sendiri....Astaghfirullah....

1 comment: